Pages

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
... dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Tuesday, January 24, 2012

Roti Canai & Nasi Lemak

BAHAYA ROTI CANAI

Seorang sahabat yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?



Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung.Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so muchoil in roti canai.



Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.



Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.



Sebagai alternatif, makanlah capati.

BAHAYA NASI LEMAK

Nasi lemak pulak kandungan santannya tinggi. So cholesterolnya tinggi.

Prof. Ungku Aziz ditanya apakah rahsia beliau sihat physical & minda pada umur 85. Dia cakap, dia tak makan atau jarang sekali makan nasi lemak seperti kebanyakkan orang Melayu.

KESIMPULAN

As many of us are approaching 40 yrs old with some are already 40, we should be kind and gentle to our body. The least that we could do is to be moderate in everything we do and watch out on our food intake.

Eat healthy food.


"Begin doing what you want to do now. We are not living in eternity. We have only this moment, sparkling like a star in our hand -- and melting
like a snowflake." - Marie Beyon Ray  

Mini pengeluaran agro-makanan bakal diwujud di setiap mukim

KUALA TERENGGANU: Sebuah kawasan mini pengeluaran agro-makanan untuk sayur-sayuran dan tanaman ladang akan diwujudkan di setiap mukim di Terengganu tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris berkata ia bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan seperti yang termaktub dalam dasar makanan negara. 
"Kita harap satu mukim satu kawasan pengeluaran agro-makanan ini akan dapat dilaksanakan dengan segera," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penghulu-penghulu mukim telah diarahkan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk projek itu di mukim masing-masing.

Asha'ari berkata untuk mewujudkan mini pengeluaran agro-makanan ini memerlukan kawasan seluas antara empat hingga 30 hektar di setiap mukim dan ia akan diusahakan oleh petani sendiri.

Beliau berkata mini pengeluaran agro-makanan ini akan menjadi satu tempat pengeluaran hasil pertanian secara kekal untuk kegunaan petani-petani.

Katanya agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan lain-lain akan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur dan sebagainya selain khidmat nasihat berterusan.

Asha'ari berkata projek itu akan diwujudkan berhampiran kampung bagi memudahkan petani membawa hasil tanaman mereka ke situ.

Beliau berkata ladang pengeluaran makanan yang besar dan diusahakan oleh pengusaha-pengusaha dan syarikat-syarikat besar.

Katanya mini pengeluaran agro-makanan itu juga bertujuan mendidik usahawasan-usahawan kecil supaya bertambah maju dan berjaya. -- BERNAMA

Friday, January 20, 2012

Pendaftaran ubat Pao Ni Kang dibatalkan

KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional Pao Ni Kang berikutan pendaftarannya dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana dikesan mengandungi racun berjadual repaglinide.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata repaglinide adalah ubat terkawal untuk rawatan penyakit diabetes dan ia tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.
"Indikasi yang tertera pada label produk (Pao Ni Kang) adalah digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga dan perpeluhan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Hasan berkata, ubat repaglinide hanya boleh dibekal oleh doktor atau ahli farmasi dan penggunaan repaglinide tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti hipoglisemia (penurunan mendadak paras gula).

"Antara simptom hipoglisemia ialah pening, menggigil, berpeluh, keliru dan lesu manakala hipoglisemia yang teruk boleh menyebabkan berlakunya sawan, tidak sedarkan diri atau koma.

"Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk ini diguna oleh orang awam dan juga pesakit diabetes yang sedang menerima rawatan," katanya.

Dr Hasan menasihati pengguna supaya berhenti menggunakan produk berkenaan serta-merta dan mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mempunyai stok produk berkenaan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta kerana perbuatan itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. - BERNAMA 

Sunday, January 15, 2012

APD 2011 untuk maslahah umat



Penyeragaman logo halal memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan dilakukan untuk kebaikan umat Islam di Malaysia. - Gambar hiasan



TIDAK dinafikan, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan mempertikai keputusan parlimen meluluskan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang berkuatkuasa pada 1 Januari lalu.
Lebih-lebih lagi bagi peniaga kecil yang terpaksa melalui proses permohonan untuk mendapatkan sijil halal yang dikatakan rumit dan membebankan.
Akta tersebut dianggap menyusahkan kerana bermula tarikh berkuatkuasa, hanya logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sah digunapakai oleh semua premis perniagaan dan pengusaha produk di negara ini.
Hanya Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dilantik sebagai badan berwibawa untuk memperakukan pengesahan status halal tersebut.
Oleh itu, tiada lagi penggunaan logo halal lain dikeluarkan oleh pihak swasta digunakan selepas penguatkuasaan akta itu dan peniaga perlu memperbaharui logo lama kepada logo halal Jakim.
Mereka beranggapan, proses pembaharuan itu sebagai sistem birokrasi terlampau yang hanya menyusahkan serta membazir wang, masa dan tenaga peniaga untuk mendapatkan kelulusan sijil halal baru.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkata, APD 2011 sebenarnya lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan.
Katanya, peniaga memang perlu mematuhi prosedur dan memenuhi standard yang ditetapkan untuk mendapatkan pengesahan sijil halal. Tetapi keperluan itu mengambil kira kepentingan masyarakat dan umat Islam khususnya di negara ini.
Secara umumnya, kata beliau, penguatkuasaan APD 2011 boleh dibahagikan kepada dua sudut berbeza iaitu pihak berkuasa dan peniaga serta pengguna.
"Daripada aspek pihak berkuasa atau kerajaan, ia menunjukkan usaha dalam menjalankan tanggungjawab memastikan produk yang digunakan di negara ini adalah dijamin halal.
"Dalam aspek peniaga pula, ia seperti nilai tambah yang membantu syarikat mempromosikan produk buatannya sama ada di dalam dan luar negara," jelas beliau kepada dihubungi Mega, baru-baru ini.
Menurut Zaharuddin, sudah pasti pengguna akan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada produk yang tertera logo halal.
"Ia bukan sahaja membantu meyakinkan masyarakat malah meningkatkan nilai tambah dalam mempromosikan produk tersebut," katanya.
Zaharuddin menambah, sebelum ini negara dipenuhi pelbagai jenis logo halal daripada pelbagai pihak dan agensi swasta.
Ini membuka ruang kepada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan membuat perniagaan mengeluarkan sijil halal.
Hal itu katanya, membuatkan pengguna berasa ragu-ragu dan kurang kepercayaan terhadap sijil dan logo halal yang dipamerkan.
"Tetapi dengan termaktubnya akta dan penguatkuasaan penyelarasan logo halal ini dapat menjamin produk yang disahkan halal oleh Jakim dijamin halal.
"Bagi syarikat besar dari luar negara pula, logo halal yang disahkan oleh Jakim boleh digunakan untuk menarik kepercayaan dan memasarkan produk mereka kepada negara Islam lain," jelasnya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, berkata, pihaknya menyambut baik pembubaran akta lama dan mewujudkan APD 2011.
"APD 2011 adalah usaha bijak yang diambil oleh kerajaan dalam mengurangkan produk tidak halal dari berleluasa dan digunakan oleh umat Islam.
"Kini, terpulang kepada pengguna itu sendiri untuk memilih produk yang mereka gunakan daripada sumber apa," jelasnya.
Bagaimanapun, Nadzim mencadangkan lebih kuasa perlu diberi kepada kementerian yang bertanggungjawab supaya tindakannya lebih efektif dan berkesan .
Katanya, ini perlu kerana kementerian yang bertanggungjawab lebih mengetahui keperluan sebenar perihal yang berlaku di bawah bidang kuasanya.
"Setiap kementerian mempunyai bidang kuasa tersendiri. Oleh itu, jika kuasa penuh diberi kepada menteri yang dipertanggungjawabkan, maka ia boleh meneliti segala perkara daripada akar umbi, lebih-lebih lagi apabila berlaku sebarang isu," katanya.

Satu logo halal hapus keraguan



Daging lembu import juga tertakluk kepada penggunaan logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim.


FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168)
Pelbagai bentuk logo halal yang terdapat di negara ini bukan sahaja mengelirukan tetapi turut mengundang keraguan tentang status yang mana diiktiraf halal dan mana pula sebaliknya.
Namun, mulai Januari 2012 semuanya telah diselaraskan. Hanya satu logo halal diperakui untuk kegunaan di seluruh negara. Satu pihak sahaja yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal itu, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pada masa yang sama, Majlis Agama Islam Negeri juga boleh mengeluarkan sijil dan logo halal melalui Jakim.
Ini adalah antara kejayaan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) yang diluluskan oleh Parlimen. Ia diharap memberi transformasi terhadap sektor industri halal negara. Sekali gus mengurangkan kebimbangan umat Islam mendapat produk yang halal.
Akta itu memberi kekuatan baru kepada Jakim kerana ia memberi kuasa penuh kepada badan penguatkuasa agama tertinggi itu menguatkuasakan penggunaan dan mengeluarkan logo halal.
Ia juga membolehkan Jakim memantau dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu, syarikat swasta atau syarikat luar yang memalsukan pengeluaran sijil dan logo halal.
Tentunya, langkah tersebut melegakan umat Islam. Sebabnya, barang halal menguntungkan semua pihak kerana pasarannya sangat luas sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam.
Isu halal tidak pernah selesai daripada menjadi topik perbualan orang ramai terutama pengguna Islam sejak dahulu lagi. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal makanan.
Selain dimurkai Allah SWT, makanan haram yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh manusia. Ia mempengaruhi keperibadian seseorang muslim serta membawa pelbagai kesan negatif lain.
Namun, apa yang dikhuatiri adalah terdapat premis perniagaan dan syarikat pengusaha makanan yang cuba mengaburi mata pengguna Islam.
Mereka menggunakan logo halal palsu untuk menarik perhatian orang Islam tanpa kita sedari.
Ada juga yang menggantung atau mempamerkan ayat-ayat al-Quran dengan berlatarbelakang Islam pada produk mereka untuk mengabui mata penguna Islam yang merupakan penganut agama majoriti di negara ini.
Hal sama turut dilakukan oleh sesetengah premis perniagaan yang mengambil jalan pintas untuk mendapatkan pengiktirafan status halal dengan mendapatkan logo halal daripada pihak atau badan yang tidak berkelayakan.
Keadaan itu bukan sahaja memudaratkan umat Islam, malah memberi kesan buruk kepada masa depan negara sekiranya dipimpin oleh generasi muda yang membesar daripada makanan yang haram.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penguatkuasaan itu bukan bertujuan membebankan pembekal produk tetapi mampu meningkatkan kredibiliti produk yang dibekalkan.
Katanya, penyelarasan logo halal secara tidak langsung dapat menambah kebolehpasaran produk pembekal yang telah mendapat kelulusan halal Jakim kerana ia dijamin status halalnya.
"Pengguna Islam tidak perlu ragu-ragu lagi memilih sesuatu produk tersebut setelah dilabelkan dengan logo halal Jakim," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Kesedaran Halal APD 2011 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.
Kempen yang bermula Khamis lalu memfokuskan masjid seluruh negara menerusi program seminar, khutbah solat Jumaat dan iklan.
Kata Jamil Khir, penguatkuasaan itu bukan bermotifkan perniagaan atau keuntungan tetapi bagi memastikan produk syarikat yang mempunyai kelulusan halal benar-benar terjamin kualiti dan status halalnya.
"Kita bukan mahukan kelulusan sijil halal yang banyak. Tetapi apa yang dititikberatkan adalah kualiti pembekal produk yang terjamin halal.
"Jakim menggunakan kemudahan penyelidikan saintifik yang terbaik dan lengkap dalam memastikan produk tersebut benar-benar memenuhi tuntutan halal," jelasnya.
Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melantik 62 pegawai Jakim yang telah dilatih untuk menguatkuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Operasi pemantauan diadakan pada setiap hari bermula tarikh penguatkuasaan akta APD 2011 dan jumlah penguatkuasa akan ditingkatkan dari masa ke masa mengikut keperluan.
Pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10 juta.
Individu pula boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Jika melakukan kesalahan kedua atau berikutnya, mereka boleh didenda maksimum RM5 juta atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.