Pages

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
... dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Thursday, August 9, 2012

Sampel susu formula 'Wakodo', 'Morinaga' dianalisis

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan telah mengambil sampel dua jenis susu tepung keluaran Jepun iaitu 'Wakodo' dan 'Morinaga' yang diharamkan penjualannya baru-baru ini oleh Hong Kong, untuk dianalisis.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sekiranya kajian mendapati kandungannya tidak menepati syarat ditetapkan, pihaknya juga kan menarik balik produk tersebut dari pasaran.
"Saya telah arahkan pegawai untuk mengambil sampel dan buat analisis dengan serta-merta, kadang-kala ia mungkin berasal dari sumber susu yang berlainan
dengan yang ada di pasaran Hong Kong dan kandungannya juga berbeza.
"Jika kandungan itu sama (dengan di Hong Kong), maka kita akan larang penjualannya di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas penemuan kerajaan Hong Kong yang kedua-dua susu berkenaan mencatatkan tahap iodin yang terlalu rendah dan tidak mematuhi standard
ditetapkan sehingga boleh memberi kesan kepada kelenjar tiroid dan otak bayi.
Kerajaan negara itu juga turut menggesa ibu bapa yang membeli dua jenama tersebut membawa anak mereka menjalani ujian darah. - Bernama