PEGAWAI Pendidikan Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor atau
fluorescent lollipop yang bercahaya dalam gelap kerana mengandungi bahan
kimia berbahaya pada batang pemegangnya. - Foto Zuhainy Zulkiffli
Mar 12, 2012 7:17 am
PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.
Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanserKUALA
LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula
lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.
Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.
“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya
diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6,
iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom
Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana
serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada
pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.
Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan
mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa
mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, SM Mohamed
Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu
sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak.
Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji
Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan
Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan
Poly Aromatic Carbon (PAH).
“PAH adalah sejenis bahan kimia
yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti
mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam
manusia,” katanya.
Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti
di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada
4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.
Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini
juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006
kepada 15.2 peratus pada tahun lalu. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment