Beberapa keping foto tersebar di media sosial sejak semalam yang memaparkan persekitaran sebuah kilang yang menghasilkan produk bihun jenama “Bihun Istimewa” dengan paparan gambar masjid pada pembungkusnya kini mendapat perhatian pihak berkuasa
Foto yang disebarkan itu antara lain jelas menunjukkan pemprosesan “bihun istimewa” berkenaan dalam keadaan persekitaran yang disifatkan sebagai kotor dan jijik
Selain itu, pekerja yang sedang melakukan proses akhir bihun itu juga dilhat tidak memakai pakaian dengan selengkapnya
Berikutan penyebaran gambar-gambar itu di laman media sosial, ia mendapat perhatian umum yang meminta supaya pihak yang terlibat membuat siasatan keatas kilang pemprosesan produk makanan bihun itu
Dalam laporan terbaharu pada Selasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu tersebut
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011
Malah kilang terbabit boleh dikenakan tindakan dibawah akta berkenaan
Sementara itu, Jakim memandang serius tentang perkara ini dan memaklumkan bahawa sedang membuat siasatan lanjut berdasarkan aduan daripada orang ramai
Selasa, 10.6.2014
No comments:
Post a Comment