Penjelasan isu Coklat Cadbury Dairy Milk
ada mengandungi DNA Babi tersebar. Pengguna muslim terutamanya kini
berasa was-was untuk menggunakan atau memakan produk coklat milik
syarikat Cadbury berikutan tersebarnya salinan laporan ujian makmal yang
mendakwa produk tersebut tercemar dengan bahan Porcein (DNA Babi) .
Laporan ujian makmal yang bertarikh 27 Februari 2014 itu kini tersebar
meluas mulai jumaat 23 Mei 2014 menerusi laman sosial. Pihak Cadbury
Malaysia dalam kenyataan facebook rasmi menjelaskan bahawa produk mereka
dijamin halal dan persediaan mengikut prosedur. Namun, surat media
rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 mengesahkan Produk
Cadbury mengandungi DNA babi. Pengguna dinasihatkan supaya menghentikan
sementara memakan produk coklat Cadbury kerana pihak KKM telah
mengesahkan penggunaan Porcine (Bahan dari Babi) dalam produk syarikat
tersebut.
Laporan Coklat Cadbury Dairy Milk Mengandungi DNA Babi
Berikut adalah laporan makmal yang mendakwa produk Cadbury Dairy Milk mengandungi DNA babi.
KKM Sahkan Produk Cadbury Tercemar Porcine ( DNA Babi)
Penjelasan KKM Sahkan Produk Cadbury Mengandungi DNA Babi
- Cadbury Dairy Milk- Hazel Nut
- Cadbury Dairy Milk- Roasted Almond
Sijil Halal Cadbury Malaysia Ditarik Semula Oleh JAKIM
Susulan
KKM mengesahkan terdapat DNA babi dalam dua produk Cadbury, pihak JAKIM
menerusi kenyataan rasmi telah menggantung atau menarik semula sijil
halal syarikat terbabit yang berkuat kuasa serta merta.
Komen Pengguna Menerusi Laman Sosial