Pages

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
... dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Tuesday, January 24, 2012

Mini pengeluaran agro-makanan bakal diwujud di setiap mukim

KUALA TERENGGANU: Sebuah kawasan mini pengeluaran agro-makanan untuk sayur-sayuran dan tanaman ladang akan diwujudkan di setiap mukim di Terengganu tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris berkata ia bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan seperti yang termaktub dalam dasar makanan negara. 
"Kita harap satu mukim satu kawasan pengeluaran agro-makanan ini akan dapat dilaksanakan dengan segera," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penghulu-penghulu mukim telah diarahkan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk projek itu di mukim masing-masing.

Asha'ari berkata untuk mewujudkan mini pengeluaran agro-makanan ini memerlukan kawasan seluas antara empat hingga 30 hektar di setiap mukim dan ia akan diusahakan oleh petani sendiri.

Beliau berkata mini pengeluaran agro-makanan ini akan menjadi satu tempat pengeluaran hasil pertanian secara kekal untuk kegunaan petani-petani.

Katanya agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan lain-lain akan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur dan sebagainya selain khidmat nasihat berterusan.

Asha'ari berkata projek itu akan diwujudkan berhampiran kampung bagi memudahkan petani membawa hasil tanaman mereka ke situ.

Beliau berkata ladang pengeluaran makanan yang besar dan diusahakan oleh pengusaha-pengusaha dan syarikat-syarikat besar.

Katanya mini pengeluaran agro-makanan itu juga bertujuan mendidik usahawasan-usahawan kecil supaya bertambah maju dan berjaya. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment